SEMAKAN ONLINE BR1M
SEMAKAN ONLINE BR1M | STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya
akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran
secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15
Mac depan.
Panduan Semakan BR1M
- Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
- Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
- Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang
tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan
baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan
Negeri di kawasan masing-masing.
Setelah mendapatkan baucar berkenaan,
bolehlah ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang
tunai. Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, anda perlu mengisi
borang rayuan dengan segera. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan
dilaksanakan sehingga 15 Mac 2012 mengikut jadual.
Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
-
Rayuan
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh
dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat
LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my atau untuk mendownload borang rayuan sila klik DISINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan