Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Selangor setakat malam tadi ialah 1,937 iaitu 1,018 di Kuala Langat dan 919 di Dengkil.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Izman Adnan berkata di Kuala Langat, mangsa banjir melibatkan 269 keluarga yang ditempatkan di empat pusat penempatan iaitu Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Dewan Genting Sanyen, Dewan Bukit Changgang dan Bukit Tandun.
Follow @remy_zakaria