ANTARA PEMASARAN DAN STRATEGI YANG BAGUS:
1) Berikan jaminan wang dikembalikan:
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda,
berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak
berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan
menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda
dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya
ianya bagus untuk mereka.
Sila beri Pandangan anda bagaimana mahu memasarkan pasaran produk anda untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.
2) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia
lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat
pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah
pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah
lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam
yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo,
atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka
mandi “bersama-sama” anda setiap hari?
4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya
anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon
sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang
mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu
mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka
mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan
bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu
menambah nilai perniagaan anda.
5) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya
ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional
di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk
mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka
panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta
meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve
Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap
kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan
yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.
7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan
nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua
kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya,
Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis
seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk
menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda
dilihat seperti syarikat “besar punya”.
8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah
anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti
“Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak
tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk
menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda
atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada
anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping
kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan
katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada
orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara
pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan
menolong mempromosikan perniagaan anda.
9) Blog: Sekiranya
anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata
gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi
kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan
mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging
yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau
WordPress kerana ianya adalah percuma.
10) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking
laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu
lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti
terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat
melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
11) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara
yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan
dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut
untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog,
laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang
kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih
terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.
12) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat,
tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada
pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling
“power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan
anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak
perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3
kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika
anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai
bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
13) Berikan kad diskaun atau voucher percuma:
Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia
kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta,
berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan
mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda
menghargai mereka.
14) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini
adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan
tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan
pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju
“cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan
anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher
berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat
kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan
jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda
membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter”
di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut
konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada
seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu
dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa
mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah
datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin
pembelian harga istimewa?
Atau
anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada
anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan
gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!
15) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain:
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan
maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah
maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi
yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma.
Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti
FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang
bidang yang anda lakukan.
Contohnya,
jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang
lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai
pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen
mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan
risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan
pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau
pengalaman yang sama.
Follow @remy_zakaria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan