klik...klik..klik!!!!!

Selasa, 6 November 2012

Gaji Kakitangan 2013 Naik Lagi? Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Sehingga 5%!!


Gaji Kakitangan Awam naik lagi? Nampaknya kakitangan awam bakal menerima berita baik tidak lama lagi. Mungkin? Bukankah dah naik sebelum ini? Nak selaraskan lagi? Inilah yang dinamakan rezeki & berita baik 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia.
Saat-saat begini, “khidmat & komitmen” kalangan kakitangan awam amat diperlukan bagi memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik & dalam pada masa yang sama kebajikan penjawat awam terus dibela….
Gaji Kakitangan Kerajaan 2013 Gaji Kakitangan 2013 Naik Lagi? Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Sehingga 5%!!Kerajaan akan mengkaji semula skimgaji kakitangan awamtermasuk kenaikan tahunan (KGT) sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia. ”Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.
Adakah akan mula dilaksanakan pada awal bukan satu kelak? Tidak dapat kami pastikan….Ini kerana kajian akan dilakukan pada tahun 2013, pelaksanaannya tidak diketahui bila.
Kalau disemak semula kenyataan Datuk Seri Ali Hamsa, sebelum ini dah naik 13% contohnya, jadi sekarang ini Ketua Setiausaha Negara (KSN) nak kaji lagi 5%. Maknanya selepas ini akan menjadi 18%?
P/S : Apa kata anda pula, dengan berita mengenai kajian semula skim gaji kakitangan awam untuk tahun 2013 & juga kenaikan gaji tahunan (KGT) tidak lama lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan