Assalamualaikum... Tamat sudah Piala Malaysia 2012 antara Pasukan Kelantan (TRW) VS ATM.
Kepada semua anggota tentera, hari ini adalah hari GAJI, oleh kerana ATM kalah. GAJI tidak dapat dikeluarkan oleh kerana kekalahan yang melanda pasukan ATM. Cuti pun dibekukan, semua sekali ambil extra duti 3 hari. kwkwkwkwkwkw. Walaubagaimanapun, Tahniah kepada ATM kerana berjaya hingga ke FINAL pIALA mALAYSIA setelah penantian selama 46 tahun. Kini ATM adalah bukan calang-calang pasukan bolasepak di MALAYSIA.
Tahniah kepada The Red Warriors, memang lagi Piala Malaysia kita tahun ni. Cukup kita rangkul semua ketiga-tiga piala besar untuk tahun ni. InsyaAllah tahun depan kita gomo lagi sampai 4 pulak - AFC insyaAllah!
Permainan yang hebat, ATM pun hebat, berpeluang tengok dengan lebih kurang 2-3 ribu penyokong kat dataran Stadium Sultan Muhammad ke4, memang suasana yang sangat meriah. Memang je semua bersorak gembira. Ada yang bersorak sebab gembira pasukan kegemaran menang, ada yang gembira sebab lepas ni bleh mendabik dada dengan awek-awek ATM dan ada yang gembira sebab esok cuti. Walau apa pun sebab korang gembira, pemain TRW layak mendapat pujian dari kiteorang penyokong setia.
Follow @remy_zakaria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan