klik...klik..klik!!!!!

Selasa, 3 April 2012

Mandi di Kolam Air Panas Hulu Tamu

(Gambar Hiasa Dari Utusan Malaysia) p/s: kamera x bawa masa tu. nak guna kamera JJ, x da flas lak.

Hari Isnin ari yang lepas, tanpa dirancang aku dan Junaidi (JJ)ke Kolam Air Panas Huhlu Tamu, Batang Kali. Ini Adalah Pertama kali aku mandi kolam air panas. Seungguh mengagumkan. Berpeluh-peluh aku, walaupun sedang mandi. Very Amazing....
sempat Keindahan alamnya yang masih terpelihara juga menjadikan Malaysia sebagai lokasi tumpuan pelancong.

Jika anda masih tercari-cari lokasi untuk merehatkan badan dan minda pada hujung minggu ini, cuba ke Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak di Hulu Selangor.

Terletak lebih kurang 45 minit dari Kuala Lumpur, kolam air panas ini sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu dan cuti umum.

Untuk sampai ke situ, pengunjung perlu meredah jalan kampung sepanjang enam kilometer yang berliku-liku, namun pengunjung tidak perlu risau akan tersesat kerana terdapat papan tanda yang menunjukkan arah ke lokasi tersebut.

Kehijauan tumbuh-tumbuhan liar dan pemandangan dusun buah-buahan di sepanjang jalan tersebut pastinya akan memberikan gambaran terhadap kedamaian alam yang bakal dinikmati pengunjung.

Keindahan alam semula jadi dan kemerduan kicauan burung dan unggas menambahkan lagi rasa damai setiap pengunjung, sekali gus melenyapkan seketika kebingitan dan hiruk-pikuk di kota.

Jika pengunjung bernasib baik, mereka akan dapat menyaksikan kaum Orang Asli mencari rezeki di hutan dan menjual hasil tanaman mereka di sepanjang jalan.

Lebih kurang 10 minit perjalanan, pengunjung akan tiba di kawasan rehat kolam air panas itu dan akan disambut dengan suasana 'hangat' menyaksikan pengunjung lain sedang bergembira dengan aktiviti mereka di kolam yang disediakan.

Bagi kemudahan pengunjung, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyediakan beberapa buah pondok untuk membolehkan pengunjung untuk berehat termasuk melelapkan mata.

Selain itu, kemudahan asas lain seperti tandas, bilik persalinan serta surau turut didirikan bagi keselesaan pengunjung terutama yang datang dari jauh.

Sebaik tiba, pengunjung sudah boleh melihat kepulan wap yang keluar dari permukaan kolam tersebut membuatkan hati tidak sabar untuk merasai sendiri kehangatan air panas yang dikatakan mempunyai khasiat dari segi perubatan.

Ramai pengunjung mendakwa air panas itu mampu mengubati penyakit seperti lenguh kaki, sakit sendi dan beberapa penyakit kulit jika direndam selalu.

Apa yang menarik di Hulu Tamu ialah suhu airnya tidak terlalu panas, sekali gus membolehkan pengunjung berendam lama di dalam kolam tersebut.

Terdapat dua buah mata air yang disalurkan ke dua buah kolam besar yang membolehkan pengunjung 'berehat' di dalamnya.

Bagi pengunjung yang tidak mampu menahan kehangatan air itu, mereka boleh hanya merendamkan kaki sahaja di kolam kecil berhampiran namun suhunya agak panas sedikit.
kolam air panas itu telah wujud sejak lebih 10 tahun lalu dan mempunyai kepanasan antara 30 hingga 60 darjah celsius.

Paling menarik ialah pengunjung dapat merehatkan badan dalam 'spa' yang dikelilingi dengan kehijauan hijau dan didendangkan dengan kicauan burung.

Pada pengamatan penulis, jika kawasan itu dapat dibangunkan seperti disediakan tempat makan dan calet, pastinya ia akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung termasuk boleh bermalam di situ.

Bagi mereka yang masih mencari lokasi pelancongan yang belum tercemar dek pembangunan, Kolam Air Panas Hulu Tamu pasti memberi ketenangan dan kedamaian, apatah lagi tiada sebarang bayaran dikenakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan