Undang-undang Islam
Undang-undang dalam politik dan perundangan , merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Undang-undang Islam memandang manusia itu sama rata. Tidak ada bezanya di antara berpangkat tinggi atau rendah, miskin atau kaya, pihak yang berkuasa ataupun rakyat biasa. Siapa sahaja yang melakukan kesalahan tetap akan menerima hukuman. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan diberikan kepada pihak-pihak yang tertentu. Hukuman dikenakan secara menyeluruh kepada semua golongan masyarakat yang sudah mempunyai cukup tanggungjawab (mukallaf) terhadap kesalahan yang dilakukan.
Kekeluargaan
Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala.
Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya:
”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].
Sebagai contoh,kita lihat undang-undang islam dalam proses perkahwinan.Terdapat syarat-syarat yang harus di taati dan di turuti.Mereka yang beragama islam tidak boleh berkahwin sesama keluarga ataupun yang mempunyai pertalian persaudaraan.(rujuk gambarajah 1.1) Ini semua masih dilaksanakan di Malaysia kini.
Tatacara Mahkamah
Mahkamah (Jawi: محكمه) ialah tempat dimana seseorang itu mendapat keadilan berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Di Malaysia, Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan. Di negara ini sistem kehakiman terbahagi kepada dua iaitu mahkamah tinggi dan mahkamah rendah. Mahkamah-mahkamah rendah termasuklah mahkamah majistret dan mahkamah sesyen, manakala yang tinggi adalah mahkamah tinggi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak serta Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan pada awalnya dikenali sebagai Mahkamah Agung tetapi digantikan selepas 24 Jun, 1994. Sistem Kehakiman di Malaysia adalah melibatkan undang-undang sivil.Manakala Mahkamah Syariah pula akan mengadili perkara berkaitan dengan undang-undang Islam.
Mahkamah Syariah terbahagi kepada tiga:-
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
bicarakan kes-kes di peringkat daerah.
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
Menguruskan kes-kes rayuan
Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
Mengurangkan hukuman
Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
6
rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaih oleh
Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.
Semua ini jelas menunjukkan undang-undang islam masih di terapkan dan dilaksanakan di Malaysia.Undang-undang di Malaysia masih mengambil kira aspek-aspek keagamaan.
Follow @remy_zakaria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan