klik...klik..klik!!!!!

Ahad, 28 Oktober 2012

Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank


Apa itu PayPal?
PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat.
Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.
Kelebihan menggunakan PayPal
* Cepat– pembayaran dibuat serta-merta
* Privasi– PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
* GlobalPayPalditerima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
* Mudah– Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
* Dipercayai– Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
* Keberkesanan– Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan

.
CARA DAFTAR PAYPAL
Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Kalau belum lagi aktif untuk kegunaan online boleh lihatdisini.
Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.
1. Buka linkwww.paypal.comdan kliksign up.
paypal1 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started‘ kat bahagian ‘premier‘.
paypal2 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
3. Lepas tu, isi form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh :Nur Alya Adriana, isi macam biasa..
Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh:Nur Alya, isikan‘first name’ dengan Nurdan‘last name’ dengan Alya. Biarkan middle name kosong.
paypal3 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
4. Bila dah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ini, akan keluar gambar seperti di bawah.
PAYPAL4 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
5. Apa yang perlu anda buat,hold dulu. Kemudian anda log in Maybank2u guna tab yang baru yer dan secara auto, akan keluar gambar seperti di bawah.
Lepas tu jangan segan silu untuk kik‘Maybankard Secure Online Shopping Registration‘ di bahagian yang dibulatkan itu.
paypal5 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
6. Isi apa-apa yang patut kat form bawah ini. Lepas tu klik save. Dan kembali pada lamanpaypaltadi.. Untuk halaman paypal yang hold tadi, boleh la diisi kad number yang ada di bahagian depan kad ATM,
expired date dan CSC. Apa itu CSC, nanti klik sendiri kat ‘what’s this?‘. Settle semua, klikcontinue.
paypal6 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
7. Lupa pulak nak bagitahu, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dariakaunMaybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain.
Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalamakaunPayPal.
8. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari je dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.
9. Cara nak confirmkan debit kad, log inakaunPayPal kemudian klik ‘confirm debit card‘ dan masukkan4 angka rahsia.
Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.
10. kena log in duluMaybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking‘ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account‘. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.
paypal8 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
11. Sila la klik ‘debit card history’, macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX’.
Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping gunaakaunpaypal.
Apa2 pun, sentiasa check email anda… SebabPayPalakan hantar email samada langkah2 yang anda buat itu berjaya atau tidak

11 ulasan:

  1. Boleh tanya kalau kita add account bank islam mcm mana eh?

    BalasPadam
  2. Sory lambat reply. Klu bank islam, kena jumpa dengan org bank. Jarang orang guna bank islam. Tq

    BalasPadam
  3. tk de Maybankard Secure Online Shopping Registration. penat aq cari.

    BalasPadam
  4. Salam...paypal @ maybank bt caj ke? bulanan / tahunan? tq :)

    BalasPadam
  5. x kluar pn butang agreed and get started

    BalasPadam
  6. expired date ambil kt mana..?

    BalasPadam
  7. Maybankard Secure Online Shopping Registration

    BalasPadam
  8. thanks 4 de info! dh lama daftar PayPal but Hold until now hehhe tq again

    BalasPadam
  9. Knp isi form dia ckp incorrect eh. Rasanya dh masukkan numb tel (+60)123456789

    BalasPadam
  10. lepas kita sign up masuk detail utk kad debit tu,utk kita dptkan 4 digit code statemnt tu slepas 2-30 hari ke baru akan ade statement tu? (mybank debit card)

    BalasPadam
  11. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 15 Mac 2018 di Columbus, GA

    BalasPadam