klik...klik..klik!!!!!

Ahad, 28 Oktober 2012

Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank


Apa itu PayPal?
PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat.
Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.
Kelebihan menggunakan PayPal
* Cepat– pembayaran dibuat serta-merta
* Privasi– PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
* GlobalPayPalditerima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
* Mudah– Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
* Dipercayai– Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
* Keberkesanan– Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan

Teknik jana traffik Percuma ke blog anda


Aku nak share dengan semua blogger terutamanya pengguna WP tips bagaimana cara nak dapatkan traffik 5k UV sehari ke blog anda. Nampak agak mustahil tapi kalau org lain boleh lakukan takkan anda semua tak boleh bukan?
Mungkin dalam entry ni aku lebih fokus kepada pengguna WP berbanding Blogspot keranablogWP lebih senang untuk bermain keyword SEO. Susah ke nak mainSEO?
Kalau tanya aku, SEO ni hanya permainan keyword je. Susah ke nak main keyword? Ok aku nak bagi cara paling mudah. Biasanya orang nak Google suatu informasi, apa keyword yang mereka taip dalam kotak search tu? Sekarang masa menulis sesuatu entry, letakkan diri anda sebagai pencari maklumat. Jadi entry anda mestilah mempunyai keyword yang ada kemungkinan akan dicari oleh pengguna internet.
Beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk tingkatkan traffik blog:

Ibadah Korban Dalam Islam


SEJARAH ASAL USUL KORBAN
1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)
2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S
3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S
4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S
5. Korban Zaman Nabi Musa A.S
6. Korban Bangsa Yunani dan Rom
7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W
PENGERTIAN KORBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN
i. DALIL AL-QURAN
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.”( Al-Haj ; 36)
ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)
iii. DALIL IJMA’ ULAMAK
Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.”(Surah As-Soffaat : ayat 107)
HUKUM IBADAH KORBAN
Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.
Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.”(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.”(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;
Maksudnya;
“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.”(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;
Maksudnya;
“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.”(Hadis riwayat Dar al-Qutniy)
Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.
Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)
Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).
Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;
“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)
Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.
Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.
Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.
Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.
Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.
HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN
1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas.
Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.
2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta.
Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.
3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.
4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
Maksudnya;
“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”
(Surah al-Haj : ayat 32)
5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.
6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.
7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.
8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapaikejayaandan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.
SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN
1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;
i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi
ii.Kambingbiasa yang telah berumur dua tahun lebih.
iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.
iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.
v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang bunting.
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;
“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.”(Hadis riwayat Muslim)
Seekorkambinghanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah. Sabda Rasulullah SAW;
Daripada Jabir , beliau berkata :
“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.”(Hadis Riwayat Muslim)
Maksudnya;
Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)
2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;
1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.
2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.
WAKTU MELAKUKAN QURBAN
Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, padahari RayaHaji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah.
Sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.”(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya, bukannya solatnya, kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban.
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.”(Hadis riwayat Ahmad)
PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN
1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.
2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.
3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.
4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:
Maksudnya;
Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;
“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…”(Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)
1. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;
Maksudnya;
“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.”(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)
2. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)
4. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)
5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dankambing.Sabda Nabi SAW;
Maksudnya;
Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketika melakukan korban Rasululah membaca;
Maksudnya;
“Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
1. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.
2. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.
3. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.
4. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.”(Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
1. Terdapat dua pandangan
i . Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)
Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging korban yang disunatkan, manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya.
Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.
1. Mengikut amalan sunnah (terutama Mazhab Hanafi dan Hambali) dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga, 1/3 untuk kaum kerabat, teman-teman, jiran tetangga walaupun mereka terdiri daripada golongankaya, manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin. Kenyataan ini berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.”(Surah Al-Haj : Ayat 28)
FirmanNya lagi;
Maksudnya;
Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.” (Surah Al-Haj: ayat 36)
Namun begitu, sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain, terutama fakir miskin, maka dianggap lebih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut).
Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam, terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam, selepas pemberian tersebut, untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia.
BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN
1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.
2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah.
Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah.
Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.
3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;
Maksudnya;
“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”
(Surah al-Haj : ayat 37)
4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti aisrumahkita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.
5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.
6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.
SILA RUJUK :
1. Al-Quran dan terjemahannya
2. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuha : Dr. Wahbah Az-Zuhailiy
3. Fiq As-Sunnah : Syeikh Sabiq
4. Tarbiyatul Aulad : Dr. Abdullah Nasih Ulwan
5. Al-Fiqh al-Islamiy : Haji Sulaiman Rasyid
6. Tuntutan Qurban : Prof. Dr. T.M Hasbi As-Siddiqiy
7. Hukum Qurban dan Sembelihan : Kiyai Haji Abdurrahman


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com

Pinjaman Perniagaan Untuk pesara kerajaan termasuk anggota tentera yang berpencen, isteri tentera dan peneroka FELCRA.

Bank Muamalat tawar Skim Pembiayaan Mikro

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasar menyalur pembiayaan berjumlah RM20 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro yang dikendalikannya dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Musa Abdul Malek, berkata skim itu ditawarkan khusus untuk pesara kerajaan termasuk anggota tentera yang berpencen, isteri tentera dan peneroka FELCRA.
Beliau berkata, skim itu adalah tambahan kepada dana pembiayaan sedia ada bank itu, tetapi Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat ditawarkan dengan kadar faedah rendah kerana menggunakan peruntukan Dana Mikro Enterpris yang disediakan Bank Negara Malaysia (BNM).


Musa berkata, skim itu bertujuan menyediakan modal permulaan kepada golongan berkenaan untuk memulakan usaha niaga, menambah modal perniagaan atau memperbesarkan perniagaan sedia ada.


Kadar berpatutan

“Menerusi skim ini, kami menawarkan kadar yang sangat berpatutan kepada peminjam iaitu 3.60 peratus setahun berbanding 5.2 peratus bagi pembiayaan mikro yang bank tawarkan menerusi dananya sendiri sebelum ini,” kata selepas pelancaran Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat di sini, semalam.
Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat itu menawarkan pembiayaan antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembayaran balik hingga tujuh tahun.

Bank Muamalat ialah antara 10 bank di negara ini yang menawarkan Skim Pembiayaan Mikro yang dananya diperoleh daripada Dana Mikro Enterprise BNM yang mempunyai saiz dana keseluruhan berjumlah RM200 juta.

Dalam pada itu, menerusi skim pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan dan tentera yang menggunakan dana bank itu sendiri sejak dua tahun lalu, sejumlah RM19 juta pembiayaan sudah disalurkan kepada peminjam.

Mengulas lanjut, Musa berkata, Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat menawarkan pinjaman tanpa cagaran dan penjamin, manakala peminjam diberi perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian sepanjang tempoh pembiayaan.

Katanya, sejajar dengan kehendak BNM yang menyediakan Dana Mikro Enterpris supaya bank penyalur memastikan proses mendapatkan pembiayaan adalah mudah, cepat dan senang.                                  

Reference: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DanaRM20jbantupesaraberniaga/Article/index_html

Sabtu, 27 Oktober 2012

Kebaikan Permainan Kanak-kanak Untuk perkembangan mindaNya


TIDAK tahu duduk diam, mengutip atau mengambil apa sahaja yang ditemui kemudian memasukkannya ke dalam mulut, memanjat meja atau kerusi, berlari turun dan naik tangga, meniru perkataan-perkataan yang tidak elok serta suka melakukan apa yang dilarang merupakan antara kerenah anak-anak kecil kita. 

Malah perangai-perangai sebegini ada ketikanya menguji kesabaran orang tua mereka, terutamanya ibu yang mana lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak.
Rasulullah SAW adalah model dan contoh terbaik. Baginda sentiasa mengambil berat akhlak kanak-kanak. Baginda juga tidak menghalang kanak-kanak bermain dan memiliki alat permainan.
Malah, Baginda amat bertoleransi dengan kanak-kanak dalam banyak aspek. Contohnya, walaupun Nabi SAW amat tegas dalam hal menyimpan patung berupa benda hidup, apabila bersangkutan kehendak kanak-kanak maka Nabi SAW membenarkannya.
Cucu Baginda sendiri, Husain bin Ali sewaktu kecil memiliki patung anjing kecil. Begitu juga anak Abu Thalhah iaitu Abu Umair yang memiliki burung sebagai teman bermain. Sama seperti isterinya sendiri iaitu Aisyah turut dibenarkan bermain patung.
Ini bermaksud, dalam kes berinteraksi, Nabi SAW memahami kehendak kanak-kanak yang sukakan permainan. Walaupun dari sudut asalnya, Nabi SAW mengerti meletakkan patung di rumah sebagai hiasan boleh menghalang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.
Sebab itu Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Din amat bertegas supaya diberikan mainan kepada kanak-kanak. Katanya: “Mencegah anak daripada permainan dan memaksanya terus belajar akan mematikan hatinya, menghilangkan kecerdasan dan menyempitkan hidupnya.”
Kanak-kanak sinonim dengan permainan. Menghalang mereka bermain boleh melambatkan proses kecerdasan mereka.Bagaimanapun, permainan yang dibenarkan Nabi SAW terbatas kepada beberapa kaedah hukum tersendiri. Ia berkait rapat dengan halal dan haram alat permainan. Jika baik, ia dihalalkan Nabi SAW.
Kebiasaannya apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, ibu bapa selalu melabelkan kanak-kanak ini degil atau nakal, lantas anak kecil ini dihukum kerana perbuatan mereka yang dirasakan melampaui itu atau dengan perkataan lain tidak mendengar kata.
Sebenarnya, setiap tingkah laku kanak-kanak itu menunjukkan fitrah seorang kanak-kanak yang ingin mengetahui hakikat setiap benda atau setiap perkara yang berada di persekitaran mereka. 
Kita tentunya sedia maklum bahawa rumah adalah sekolah pertama untuk kanak-kanak dan ibu bapa adalah guru pertama kepada mereka, sebelum anak-anak itu melalui pendidikan secara formal bermula dari peringkat pra sekolah atau tadika, sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke menara gading serta peringkat pendidikan tertinggi lain. 
Hakikatnya, pada usia bayi hingga enam tahun merupakan tahun-tahun penting bagi perkembangan otak kanak-kanak. Malah Islam sendiri amat menitikberatkan aspek pendidikan pada tahap usia ini. 
Ini kerana, pada usia tersebut, otak kanak-kanak dalam keadaan kosong dan tiada pengisian, jadi ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab mencorak dan mewarnai mereka supaya menjadi insan berguna kepada agama, ibu bapa dan masyarakat.

Sebagaimana yang ditegaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sabda Rasulullah SAW: Tidak ada seorang bayi melainkan dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah) maka kedua ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi. (riwayat Syaikhan) 
Hadis di atas ini turut disokong oleh ramai ahli psikologi yang berpendapat, pada umur tersebut itulah merupakan tahun-tahun yang penting bagi perkembangan tahap kepintaran kanak-kanak.  
Semakin banyak yang diketahui maka semakin banyak yang mahu diketahui oleh kanak-kanak. Oleh itu, janganlah cepat bosan dengan kerenah anak-anak tetapi manfaatkanlah masa bersama dengan anak-anak sebaik mungkin. Waima ia dilakukan dalam suasana bersahaja atau ketika melayan mereka bermain atau semasa ibu bapa sedang menguruskan anak-anak. 
Menyedari impian dan keinginan semua ibu bapa untuk memiliki anak yang pintar dan cedas maka PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. telah menerbitkan buku berjudul, Didik Anak Jadi Pintar yang ditulis oleh Rohani Sheikh Omar. 
Menerusi buku ini, ibu bapa atau mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak antara usia 0-6 tahun dapat mempelajari beberapa aktiviti yang dapat membantu proses membentuk pemikiran anak-anak. 
Apatah lagi aktiviti yang disediakan ini begitu praktikal dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak seperti; aktiviti matematik, label dan warna, bahasa, sains, bermain dan permainan kreatif. 
Di samping itu juga, ibu bapa akan diberikan idea bagaimana anda dan anak-anak dapat meluangkan masa yang bermakna bersama-sama. Ia merangkumi aktiviti di dalam rumah, di luar rumah, bahasa, bunyi, interaksi, perhubungan dan permainan harian.  
Ia semua bertujuan meningkatkan perkembangan anak-anak dari sudut sensor motor, kognitif, mental, sosial, sahsiah, fizikal, kreativiti, komunikasi dan pelbagai perkembangan yang berguna untuk kehidupan anak-anak.

Epanco Perjuangan Belum Selesai


Artikel dan gambar ini saya terima daripada pembaca blog ini semalam. Terima kasih kerana membuat pendedahan tentang aktiviti politik menantu PM ini - Anak Jati Rembau.S

iapakah Ipin atau digelar sebagai Ayahanda Angah Ipin Keramat? Dan Apakah hubungannya dengan menantu Pak Lah?Ipin atau nama sebenarnya Ariffin Bin Hj. Abu Bakar memang dikenali di kawasan Keramat khasnya Keramat AU5D.


Terkenal bukan kerana kebaikan dan kebajikan yang dibuatnya walaupun dia menyertai Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). Beliau terkenal kerana gangsterisme dan kekejaman yang pernah beliau lakukan.


Mula mengenal erti gangsterisme pada tahun 1994 apabila beliau mula menyertai PEKIDA atau perjalanan 30 (dipanggil 30 kerana sebelum mana-mana ahli PEKIDA harus mengangkat sumpah dengan menjunjung Quran 30 juzuk) dibawah kepimpinan Ghani a/k/a Ghani Gelong a/k/a Brother Gun a/k/a Mr.Gun a/k/a Pak Long Gun serentak menyertai kongsi gelap Melayu 36 yang dipimpin ketika itu Allahyarham Pak Long Burung.


Siapa tidak kenal dengan beliau. Sebut sahaja nama beliau iaitu Angah Ipin adik Brother Gun sudah pasti menggigilm kepala lutut. Beliau dibantu oleh panglima perang atau kaki pukul yang lebih kurang sama kejamnya dengan beliau iaitu Abang Long Zuri yang tinggal di kawasan Keramat AU4.


Beliau (Ipin) memegang jawatan yang agak tinggi dalam kongsi gelap melayu 36 ini. Beliau memegang jawatan abang long dimana beliau ada hak mempunyai nama kongsi gelap sendiri iaitu Tai Ko Pan. Setiap anak buah beliau mempunyai nama keluarga tersebut seperti Long Hay Pan dan lain-lain lagi.


Beliau juga antara orang awal yang bertanggungjawap memperkenal kongsi gelap melayu yang baru iaitu 77 atau disebut double 7. Double 7 diambil nama tersebut kerana simbol 7 membawa erti pistol dan pistol dikaitkan dengan nama Ghani a/k/a Mr. Gun.(kalau ada yang masih ingat isu Double 7 pernah menggegarkan negara apabila Harian Metro mendedahkan kegiatan gang ini)Pada tahun 2005 beliau diangkat menjadi Ayahanda oleh Allahyarham Pak Long Burung.


Ketika itu beliau yang mempunyai bisnes kereta sewa yang bernama EPANCO Global Solutions (diambil sempena nama kongsi gelap beliau iaitu Tai Ko Pan atau Tai Ko Aipan). Beliau telah menubuhkan satu syarikat yang diberi nama yang sama dimana syarikat untuk melindungi anak-anak buah beliau yang melakukan kegiatan pukul-memukul.


Setelah pengasas kongsi gelap melayu 36 meninggal dunia dan telah diambil alih oleh Mr.Gun dan digelar Pak Long Gan beliau telah mencadangkan penggabungan kongsi ini dengan diberi nama 36 Double 7.Pada tahun penghujung 2006 beliau yang bercita-cita ingin menjadi kaya telah melupakan arahan oleh Pak Long Gun supaya tidak bergaul dengan orang politik kerana orang politik apabila mereka tersepit pasti mereka akan meninggalkan kumpulan ini.


Beliau telah membuat satu majlis keraian dengan menjemput menantu Pak Lah Khairy Jamaludin. (boleh dilihat melalui gambar yang dikirimkan).Bermula saat itu bermulalah hubungan baik beliau dengan KJ. Masa di IJOK KJ telah menggunakan khidmat Ipin untuk melakukan provokasi kepada penyokong PKR. anak-anak buah beliau lah yang telah melemparkan kayu kepada penyokong PKR masa hari penamaan calon.


Malah ketika insiden penahanan bas yang dipercayai membawa pengundi hantu dan bas tersebut dibawa ke balai polis berdekatan sekali lagi Ipin dan konco-konconya telah datang bersama KJ dan telah bersiap sedia untuk melakukan aksi kekerasan tapi berjaya dihalang oleh polis.


Sekarang yang aku kenal Datuk Paduka Ayahnda Ariffin bin Abu Bakar bukan begitu. Banyak memberi nasihat yang boleh digunakan dan sangat berpengalaman.... Semoga Pengasas Epanco ini lebih maju dan dapat memimpin kami semua kejalan yang diredhai Allah.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Peraduan Share & Menang - Lamborghini control car



Salam semua. SHARE & MENANG ... Cuma anda perlu klik SHARE & LIKE terbanyak akan dikira pemenang. anda mungkin yang bertuah utk memiliki LAMBORGHINI CONTROL kami secara PERCUMA. Senang sahaja kan ?? Jom kita beramai-ramai klik SHARE sekarang !! Hanta seorang yang bertuah akan kami umumkan pada 1/11/2012 nanti. Juz kli Link kat bawah shj.. Like yang terbanyak dikira Pemenang. TK

Selasa, 23 Oktober 2012

Military Toys

Helicopter
Harga: RM 12
Harga borong : RM 8 (5 pcs keatas)


Pistol
Harga: RM 2.40
Harga borong : RM 2 (5 pcs keatas)

Binatang Peliharaan guna bateri

Permainan manja untuk baby.

Arnab (warna putih dan kelabu)
Harga: RM 10
Harga borong : RM 6 (5 pcs keatas)
 
 

  Kucing (warna putih dan kuning)
Harga: RM 10
Harga borong : RM 6 (5 pcs keatas)


Laptop

Laptop
Harga: RM 19
Harga borong : RM 16 (5 pcs keatas)
 

Ciri-ciri: dalam bahasa English dan china shj

Education Komputer Angry Bird

Education Komputer Angry Bird 
Harga: RM 16.00
Harga borong : RM 12 (5 pcs keatas)

Kereta Mini With Control


Price: RM 350
Harga boleh runding lagi

Ciri-ciri:

1. Boleh di laraskan
( ke depan dan belakang, membuat
pusingan ke kiri dan kanan)
2. Bateri boleh di cas semula 'penjimatan elektrik'
3.Set lengkap di dalam kotak termasuk charges, remote disediakan
4. lampu bercayaha di hadapan & belakang
5. Sesuai dijadikan hadiah yang unik untuk kanak² berumur 1-6tahun.
6. Max. speed: 3km/h
7.Max. loading: 30kg
8.Product size: 91 x 60 x 52cm

Game Angry Bird 32 in 1

Ahad, 21 Oktober 2012

Bmw Motorcycle "Ride On Toys"


Specs: 
Net weight: 9.2kg 
Vehicle size: 110*48*71cm 
Max. Load: 20kg 
Colors: Red, yellow, green,pink ,white,Blue gray and black 

Features: 
1. Music function and MP3 function 
2. With Flashing Lights And Electronic horn, Develop baby's interest and raise their hands-on capacity 
3. Realistically imitated bicycle, Chromed color of engine 
4. Realistical sound, Cool style same as BMW

Harga: RM 250
Harga borong: RM 200 (3 pcs keatas)


Car Toys

Ferrari control
Harga: RM 40
Harga borong : RM 30 (5 pcs keatas)


Speed Racing Car Angry Bird
Harga: RM 12
Harga borong : RM 10 (5 pcs keatas)
 

ATM kalah ditangan The Red Warriors

Assalamualaikum... Tamat sudah Piala Malaysia 2012 antara Pasukan Kelantan (TRW) VS ATM.
Kepada semua anggota tentera, hari ini adalah hari GAJI, oleh kerana ATM kalah. GAJI tidak dapat dikeluarkan oleh kerana kekalahan yang melanda pasukan ATM. Cuti pun dibekukan, semua sekali ambil extra duti 3 hari. kwkwkwkwkwkw. Walaubagaimanapun, Tahniah kepada ATM kerana berjaya hingga ke FINAL pIALA mALAYSIA setelah penantian selama 46 tahun. Kini ATM adalah bukan calang-calang pasukan bolasepak di MALAYSIA. 



Tahniah kepada The Red Warriors, memang lagi Piala Malaysia kita tahun ni. Cukup kita rangkul semua ketiga-tiga piala besar untuk tahun ni. InsyaAllah tahun depan kita gomo lagi sampai 4 pulak - AFC insyaAllah!

Permainan yang hebat, ATM pun hebat, berpeluang tengok dengan lebih kurang 2-3 ribu penyokong kat dataran Stadium Sultan Muhammad ke4, memang suasana yang sangat meriah. Memang je semua bersorak gembira. Ada yang bersorak sebab gembira pasukan kegemaran menang, ada yang gembira sebab lepas ni bleh mendabik dada dengan awek-awek ATM dan ada yang gembira sebab esok cuti. Walau apa pun sebab korang gembira, pemain TRW layak mendapat pujian dari kiteorang penyokong setia. 

Rabu, 17 Oktober 2012

RC Helicopter With Gyro 3.5 Chanel

Syma S107G 3.5CH RC Helicopter RTF w/ Gyro




Helikopter Control 3.5 chanel
Harga: RM 60
Harga borong : RM 45 (3 pcs keatas)
Weight: 34g
size: 220x38x98(mm)
Dimensions: main rotor diameter 190mm
Helicopter battery: 3.7v Rechargeable lithium polymer battery
Charging Time: 30-35 minutes
Flight Duration: 4-6 minutes
Frequency: Infrared control system - bands A and B
Control Specification: forward / backward / up / down / left / right
Range: Up to 10m (30ft)