Rabu, 6 Jun 2012
Menakjubkan
Assalamualaikum..... Tidak kusangka aku terjumpa perkataan ALLAH apabila aku buka google map menggunakan settelit, Try anda tengok sendiri pada google map anda...
Follow @remy_zakaria
Selasa, 5 Jun 2012
Perkahwinan
sUDAH TIDAK LAMA LAGI AKU MAHU KAHWIN.. SO, KENA DAN MUSTI BELAJAR ERTI PERKAHWINAN DAN KEHIDUPAN BERKELUARGA... TANGGUNGJAWAB SUAMI AMAT BESAR!!!!!!!!!
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan.Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Ruum:21)
Dilarang mencukur buku kening berdasarkan hadis berikut: “Allah melaknat para wanita yang mentatu dan meminta ditatu, mencukur bulu kening dan meminta dicukur bulu kening dan yang menjarakkan gigi untuk kecantikan (yang sebenarnya semua itu bersifat) merubah ciptaan Allah.”
[Shahih al-Bukhari, no: 4886]
.Ayat- ayat Al Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan perkahwinan .
Allah s.w.t berfirman:“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan.Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Ruum:21)
Allah s.w.t berfirman:
“Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (an-Nisa:34)
Allah s.w.t berfirman:
“Isteri isteri kamu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki”. (al-Baqarah:223)

“Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja”.(an-Nissa:3)

“Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula”. (an-Nur:26)

Allah S.WT. berfirman:
“Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan… “(An-Nisa’:1)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku”.(HR at-Tabrani dan al-Baihaqi)

“Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah benda (perhiasan) dan sebaik-baik benda (perhiasan) adalah wanita (isteri) yang sholehah”.(HR Muslim)

“Sebaik-baik wanita ialah yang paling ringan mas kahwinnya”.(HR Ath-Thabrani)

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”.(HR Bukhari dan Muslim)

“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya”.(HR an-Nasa’i)

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku”.(HR Muslim)
Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..
* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.

FALSAFAH PERKAHWINAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
AKHIR-AKHIR ini ada satu isu yang muncul dalam masyarakat dan menjadi perbincangan, baik di dalam media elektronik mahupun media cetak. Isu itu adalah perceraian pasangan yang telah berumur lanjut kerana salah seorang ingin bernikah dengan pasangan yang lebih muda.
Fenomena ini sangat menyedihkan sesudah pasangan terbabit berpuluh-puluh tahun hidup bersama, memiliki anak dan cucu tetapi berpisah pada saat telah berada di penghujung usia.
Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.
Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.
Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini.
Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan persetubuhan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia.
Mawaddah atau keinginan untuk melakukan persetubuhan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan.
Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.
Pada masa ini mereka bukan lagi berfikir mengenai tongkat ali, Viagra dan ubat-ubat lain bagi mengembalikan kekuatan tenaga batin tetapi yang mereka inginkan adalah mengisi hari-hari akhir ini dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya secara bersama-sama.
Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Inilah hakikat rahmah itu.
Melihat kes yang terjadi di negara kita, di mana dilaporkan sudah banyak terjadi pasangan tua yang berpisah kerana ingin bernikah dengan yang lebih muda, maka dapat dikatakan bahawa terjadi krisis rahmah dalam perkahwinan hinggakan hubungan seks menjadi matlamat.
Pada saat ini, seakan-akan Allah hanya memberikan kepada kita mawaddah tetapi mencabut nikmat rahmah. Akibatnya, kes-kes seperti di atas semakin menjadi-jadi dan kebahagiaan rumah tangga semakin jauh.
Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan.
Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan.
Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.
Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan.
Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana’ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.
Agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa.”
Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas.
Bagi mereka, hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai Allah dan berjuang untuk menegakkan agama Allah dalam semua aspek kehidupan mereka.
Dalam keluarga Islam, persetubuhan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh.
Keluarga yang soleh ini akan melahirkan masyarakat yang soleh dan akan menjadi asas bagi negara yang soleh, bertamaddun dan berwawasan. Konsep pernikahan seperti inilah yang membezakan manusia dengan haiwan.
Salah satu cara terbaik mengurangkan kes-kes perceraian pada usia senja ini ialah dengan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai hakikat atau falsafah pernikahan dalam Islam sebagai alat mencipta keluarga sakinah, bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata.
Pengisian nilai-nilai agama sangat diperlukan dalam sebuah keluarga agar memiliki matlamat yang jelas dalam mengisi sebuah perkahwinan.

Khamis, 31 Mei 2012
IMPIAN KU...
ASSALAMUALAIKUM.........
FIRSTLY, AKU NAK NAK CERITA PASAI PERADUAN LALUAN BERLIKU 2 - BERITA HARIAN... SEMOGA BOLEH MENDAPAT KEJAYAAN. KETERANGAN LANJUT BOLEH BELI BERITA HARIAN. SETIAP HARI, BERLAINAN MUKA SURAT. ZZZZZZZZZZ
SETERUSNYA, LOGO 7 TU ADALAH 7 RAMD. UNIT LAMA AKU. UNIT KELAHIRAN AKU DLM TENTERA NI... ADA KESEMPATAN AKU MAU P SANA LAGI. SEMOGA BOLEH DUDUK SANA DILAIN MASA....
Follow @remy_zakaria
Rabu, 23 Mei 2012
Bangunan Tertinggi di Dunia
Kedudukan Bangunan Tertinggi di Dunia.......
1 Burj Khalifa Dubai UAE 828 m 2,717 ft 163 2010 2 Menara Abraj Al Bait Makkah Saudi Arabia 601 m 1,971 ft 95 2011 3 Taipei 101 Taipei Taiwan 509 m 1,670 ft 101 2004 4 Shanghai World Financial Center Shanghai China 492 m 1,614 ft 101 2008 5 International Commerce Centre Hong Kong China 484 m 1,588 ft 108 2010 6 Menara Berkembar Petronas 1 Kuala Lumpur Malaysia 452 m 1,483 ft 88 1998 7 Menara Berkembar Petronas 2 Kuala Lumpur Malaysia 452 m 1,483 ft 88 1998 8 Nanjing Greenland Financial Center Nanjing China 450 m 1,476 ft 89 2010 9 Willis Tower Chicago USA 442 m 1,451 ft 108 1974 10 Kingkey 100 Shenzhen China 442 m 1,449 ft 98 2011 11 Guangzhou West Tower Guangzhou China 438 m 1,435 ft 103 2010 12 Trump International Hotel and Tower Chicago USA 423 m 1,389 ft 98 2009 13 Jin Mao Tower Shanghai China 421 m 1,380 ft 88 1999 14 Two International Finance Centre Hong Kong China 413 m 1,358 ft 88 2003 15 Al Hamra Tower Kuwait City Kuwait 412 m 1,352 ft 77 2010 16 23 Marina Dubai UAE 395 m 1,296 ft 89 2011 17 CITIC Plaza Guangzhou China 391 m 1,283 ft 80 1997 18 Shun Hing Square Shenzhen China 384 m 1,260 ft 69 1996 19 Empire State Building New York City USA 381 m 1,250 ft 102 1931 20 Elite Residence Dubai UAE 381 m 1,250 ft 91 2011 Follow @remy_zakaria

legacy(B) ring Diomand>>>>>>Cincin Nikah..
Ini lah tanda cinta aku terhadap Mu NoorMarjuniani...............
Walaupun murah, tapi menarik...
Follow @remy_zakaria
Khamis, 3 Mei 2012
Persiapan Kahwin
Firstly nak ucapkan kepada 18 RAMD (Unit lama aku) yang telah ada Websit sendiri...
http://18ramd.blogspot.com/
Jangan lupa ramai-ramai kita memeriahkan dan menyokong pasukan....
Tengah serabut buat persiapan kahwin n wat persiapan final exam...
Kalut dengan borang dan assignment skg ni... Help me!!!!!!!!!!!!
Follow @remy_zakaria
Selasa, 3 April 2012
Mandi di Kolam Air Panas Hulu Tamu
(Gambar Hiasa Dari Utusan Malaysia) p/s: kamera x bawa masa tu. nak guna kamera JJ, x da flas lak.Hari Isnin ari yang lepas, tanpa dirancang aku dan Junaidi (JJ)ke Kolam Air Panas Huhlu Tamu, Batang Kali. Ini Adalah Pertama kali aku mandi kolam air panas. Seungguh mengagumkan. Berpeluh-peluh aku, walaupun sedang mandi. Very Amazing....
sempat Keindahan alamnya yang masih terpelihara juga menjadikan Malaysia sebagai lokasi tumpuan pelancong.
Jika anda masih tercari-cari lokasi untuk merehatkan badan dan minda pada hujung minggu ini, cuba ke Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak di Hulu Selangor.
Terletak lebih kurang 45 minit dari Kuala Lumpur, kolam air panas ini sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu dan cuti umum.
Untuk sampai ke situ, pengunjung perlu meredah jalan kampung sepanjang enam kilometer yang berliku-liku, namun pengunjung tidak perlu risau akan tersesat kerana terdapat papan tanda yang menunjukkan arah ke lokasi tersebut.
Kehijauan tumbuh-tumbuhan liar dan pemandangan dusun buah-buahan di sepanjang jalan tersebut pastinya akan memberikan gambaran terhadap kedamaian alam yang bakal dinikmati pengunjung.
Keindahan alam semula jadi dan kemerduan kicauan burung dan unggas menambahkan lagi rasa damai setiap pengunjung, sekali gus melenyapkan seketika kebingitan dan hiruk-pikuk di kota.
Jika pengunjung bernasib baik, mereka akan dapat menyaksikan kaum Orang Asli mencari rezeki di hutan dan menjual hasil tanaman mereka di sepanjang jalan.
Lebih kurang 10 minit perjalanan, pengunjung akan tiba di kawasan rehat kolam air panas itu dan akan disambut dengan suasana 'hangat' menyaksikan pengunjung lain sedang bergembira dengan aktiviti mereka di kolam yang disediakan.
Bagi kemudahan pengunjung, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyediakan beberapa buah pondok untuk membolehkan pengunjung untuk berehat termasuk melelapkan mata.
Selain itu, kemudahan asas lain seperti tandas, bilik persalinan serta surau turut didirikan bagi keselesaan pengunjung terutama yang datang dari jauh.
Sebaik tiba, pengunjung sudah boleh melihat kepulan wap yang keluar dari permukaan kolam tersebut membuatkan hati tidak sabar untuk merasai sendiri kehangatan air panas yang dikatakan mempunyai khasiat dari segi perubatan.
Ramai pengunjung mendakwa air panas itu mampu mengubati penyakit seperti lenguh kaki, sakit sendi dan beberapa penyakit kulit jika direndam selalu.
Apa yang menarik di Hulu Tamu ialah suhu airnya tidak terlalu panas, sekali gus membolehkan pengunjung berendam lama di dalam kolam tersebut.
Terdapat dua buah mata air yang disalurkan ke dua buah kolam besar yang membolehkan pengunjung 'berehat' di dalamnya.
Bagi pengunjung yang tidak mampu menahan kehangatan air itu, mereka boleh hanya merendamkan kaki sahaja di kolam kecil berhampiran namun suhunya agak panas sedikit.
kolam air panas itu telah wujud sejak lebih 10 tahun lalu dan mempunyai kepanasan antara 30 hingga 60 darjah celsius.
Paling menarik ialah pengunjung dapat merehatkan badan dalam 'spa' yang dikelilingi dengan kehijauan hijau dan didendangkan dengan kicauan burung.
Pada pengamatan penulis, jika kawasan itu dapat dibangunkan seperti disediakan tempat makan dan calet, pastinya ia akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung termasuk boleh bermalam di situ.
Bagi mereka yang masih mencari lokasi pelancongan yang belum tercemar dek pembangunan, Kolam Air Panas Hulu Tamu pasti memberi ketenangan dan kedamaian, apatah lagi tiada sebarang bayaran dikenakan. Follow @remy_zakaria
Rabu, 28 Mac 2012
Cerita Aku
Lama sudah tidak membebel kat blog aku ni...
Firstly thanks Allah yg memberikan nyawa utk aku terus hidup sehingga hari ini... balik awal hari ni, off day sebab pengarah aku puas hati lawatan hari ni...
motor sudah KUAR WWN 2278.last week ni final exam lak... 3 subjek iaitu;
1. it project managemen
2. strategick management
3. human resourch management
Sumanya mengenai management...
semoga succes exam nanti.. Amin Follow @remy_zakaria

cerita panas- Dinar Iraq
Baru-baru ini, kotak email saya dan telefon bimbit saya di ‘serang' oleh pertanyaan berkenaan sebuah pelaburan membeli satu set wang kertas Dinar Iraq sebagai satu jenis pelaburan yang dikatakan amat menguntungkan. Saya difahamkan bahawa cara membelinya adalah melalui internet dengan. Berbekalkan harga RM 680 maka anda mampu memiliki satu set wang kertas Dinar Iraq berjumlah 41,800 dalam masa dua ke tiga hari. Bagaimanapun, saya difahamkan harga RM680 tidak lagi terpakai, harga baru yang ditawarkan adalah RM 720 pula bagi mendapatkan set yang sama.
Para pembelinya memaklumkan kepada saya bahawa potensi Dinar ini untuk naik adalah amat tinggi berdasarkan ‘trend' turun naik nilai matawang Kuwait dan Afghanistan yang turun amat teruk apabila peperangan berlaku, kemudian nialinya akan naik dan kembali stabil selepas kerajaan dan situasi ekonomi Negaranya stabil. Sebagai contoh yang diberikan kepada saya. Nilai matawang Kuwait semasa perang adalah USD 00.10 dan sekarang melonjat kepada USD 3.50 bagi satu Dinar Kuwait. Berkenaan matawang Afghanistan pula disebut bahawa nilai 1 Afghanis bersamaan US$0.03 sebelum perang dan semasa perang, 1 Afghanis = US$0.0001, manakala nilainya sekarang 1 Afghanis bersamaan US$0.02.
Manakala dalam hal Matawang Iraq, fakta yang diberikan berkenaan nilainya sebelum perang adalah USD 0.32 bersamaan satu Dinar Iraq. Manakala kini (masih dalam keadaan tidak stabil dan perang) satu Dolar bersamaan Dinar Iraq 0.000068. Oleh itu, pihak yang berkempen ini dengan hebatnya mengetuk gendang kempen mendakwa bahawa peluang keuntungan adalah amat cerah jika anda membeli DInar ini sekarang.
Pandangan Shariah
Jika pembelian matawang ini melalui internet secara ‘tempahan' dan akan sampai kepada pembeli dalam beberapa hari. Menurut kefahaman saya, pembelian matawang Iraq adalah HARAM. Perlu difahami bahawa Nabi SAW telah meletakkan syarat dalam pembelian jual beli emas, perak termasuk sesama matawang ; pihak penjual mestilah menerima wang belian dan pihak pembeli mestilah menerima matawang yang di ingininya pada masa yang sama atau dalam satu ‘majlis aqad'. (Sila rujuk http://www.zaharuddin.com/ untuk kefahaman lanjut tentang syarat ini).
Bagaimanapun, dalam hal ini, sekiranya anda membeli (menukar) Ringgit Malaysia anda kepada Dinar Iraq itu; apa yang akan berlaku adalah anda akan membayarnya sekarang iaitu melalui kredit kad atau cash dan lain-lain. Kemudian, anda hanya akan menerimanya dalam masa beberapa hari atau jam selepas itu. Tatkala itu, penangguhan yang tidak dibenarkan oleh Islam telah berlaku, ianya termasuk dalam kategori Riba Nasiah.
Walaupun demikian, sekiranya anda boleh membelinya secara tidak bertangguh seperti menukar matawang di Kaunter Pengurup. Ketika itu, pembelian ini adalah sah dan tiada Riba berlaku. Ini agak sukar di gambarkan kerana ibu pejabat syarikat maya yang menjual Dinar Iraq ini berada di USA dan Hong Kong.
Selain isu Riba, satu lagi sudut Shariah yang di pertimbangkan adalah hal spekualsi berlebihan dan judi. Tidak saya nafikan bahawa kebanyakan Majlis Penasihat Bank-Bank Islam di seluruh dunia memfatwakan pembelian matawang oleh pihak Bank-bank islam dan menyimpannya untuk dijual kemudiannya bagi memperolehi untung adalah di haruskan. Mereka menyebut bahawa spekulasi ini tidak samapi ke tahap judi dan masih berada di tahap yang diharuskan. Unsur ‘gharar'nya pula adalah kecil. Unsur perjudian juga tiada, kerana ianya bukannya seratus peratus dibuat atas dasar ‘nasib' tetapi adalah berdasarkan kaji selidik, ilmu yang benar dan analisa terperinci atau secara mudahnya disebut sebagai hasil analisa risiko dan peluang perniagaan.
Walaupun demikian, saya berpandangan :-
Setiap individu yang ingin membeli mestilah juga mengkaji dan mempunyai ilmu tentang peluang, potensi dan risiko pembeliannya bagi memastikan pembeliannya berbeza dengan satu perjudian yang didasari nasib semata-mata.
Jika dilihat menurut ‘Maqasid Shariah' atau objektif Shariah pula. ADALAH TIDAK HARUS untuk seseorang yang kurang berkemampuan untuk membeli set dinar tadi walaupun harganya RM 720 sahaja. Ini kerana dibimbangi ada umat Islam yang terlampau yakin maka, sanggup bergolok gadai dan membahayakan diri bagi membeli Dinar ini sehingga hilang kemampuannya untuk menyara saraan wajib terhadap anak, isteri dan keluarga. Dalam hal ini, hukum 'gharar' (ketidaktentuan) sudah menjadi amat besar dan hukum judi telah jatuh kepada si pembeli. Ini bermakna , hukum 'judi' dalam 'spekulasi' Forex jenis ini bergantung juga kepada kemampuan individu. Bagi sesetengah individu yang berada, membeli RM 720 adalah tidak memberikan apa-apa mudarat kepada tanggungan wajibnya. Maka tika, itu, elemen ‘gharar' akan berkurangan tidak sampai tahap haram. Berbanding seorang yang kurang berkemampuan yang menggadaikan kewajibannya, dengan harapan dinar itu akan naik pada satu masa yang tidak diketahui. Ia sudah jatuh dalam tahap judi. wallahu a'lam.
Beberapa Pertimbangan lain
1) Anda perlu memastikan bahawa anda membeli Duit Iraq yang asli. Di bimbangi andaditipu lalu membeli yang tiruan lalu anda memiliki wang yang tidak laku di mana-mana.
2) Perlulah mendapatkan pandangan undang-undang dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti agar anda tidak terjebak dalam sebarang masalah kelak.
3) Dinar Iraq versi lama kerap kali ditukar kepada versi baru. Saya mengingatkan hal ini diambil berat dan di pastikan sendiri oleh pembeli Dinar Iraq ini. Ini kerana, atas kelalaian seseorang sahaja, Dinarnya boleh luput tanpa sebarang ganti. Perlu diingat juga, bagaimana untuk anda yang sibuk bekerja untuk mengetahui bahawa Dinar yang anda miliki sudah di tukar versinya ?.
4) Saya juga difahamkan bahawa ada pihak yang menjualnya menggunakan cara ‘Multi Level Marketing', jika ini benar, maka hukumnya pastinya berlainan dari apa yang disebut di atas. Ini kerana, beberapa pertimbangan lain perlu dinilai semula.
Akhirnya, pastikanlah ianya disahkan oleh undang-undang dan sah juga dari sudut Shariah. Menurut Shariah seseorang harus untuk membeli Dinar ini tetapi dengan syarat mestilah dengan ilmu dan analisa dan terima serahnya dilakukan dalam satu masa. Ini bermakna, anda perlu mendapatkannya di kaunter jualan di Kuala Lumpur atau mana jua untuk membeli set dinar Iraq itu secara ‘by hand'. Tidak dibenarkan membeli menggunakan pos dan apa jua cara yang menjadikan penyerahannya tertangguh.
Perlu dingat juga bahawa lapangan pelaburan FOREX seperti ini adalah luas dan berisiko tinggi, menurut pakar, ‘trend' dan strategi yang berkesan pada satu masa lalu tidak semestinya terpakai dan sesuai dalam keadaan sekarang. Ianya juga amat sukar diramal dengan tepat.
info:
Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.com Follow @remy_zakaria

Langgan:
Catatan (Atom)