klik...klik..klik!!!!!

Sabtu, 5 Februari 2011

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sumber: http://www.zaharuddin.net

Untung Pelaburan dan Riba

ASB = RM 2,527.14 x 20% = RM 510.00
Pinjam kete = RM 50.00
Imuone = RM 1,000.00
Wang pos = RM 500.00


Jumlah = 2,060.00

Aku Rasakan suma ini adalah riba.. aku berniat nak bagi wang suma ni kat masjid atau fakir dan miskin klu ada duit nanti... InsyaAllah memberkati.
ASB yg dikatakan dlm tenet ni harus disebabkan oleh melibatkan ekonomi org islam. Aku bg juga 20% oleh kerana aku kuatiri riba. Sama juga dengan dividen koperasi.

Khamis, 3 Februari 2011

Tahun Baru Cina

Semalam Sulak wat Kenduri Kawinnya. Aku tak dapat datang cause tak dapat cuti. Juz aku kirim kat Cik Ti shj. Aku tak kemana, hanya duk dalam bilik siapkan kerja... Call Honey pun x angkat pagi td. dah tido agaknya. Dia pun x call balik hari ni.... Ingat nak kuar jap. Beli minyak kete n minyak hitam sekali.. Kereta aku pun tengah rosak. Tak tarik lagi pergi bengkel. Masih kat umah Azim lagi.

Selasa, 1 Februari 2011

Melayu masih perlu bantuan bersaing bangsa lain


Masyarakat Melayu di negara ini masih memerlukan ‘tongkat’ ataupun bantuan kerajaan untuk bersaing dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata walaupun ada segelintir orang Melayu mahu ‘tongkat’ dihapuskan dan tidak mahu bergantung terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB), pada hakikatnya Melayu masih ‘tempang’.

Katanya, lebih malang jika golongan Melayu yang mahu menghapuskan ‘tongkat’ itu sedia bergantung kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan diimpikannya.
“Orang Melayu perlu menggunakan tongkat (bantuan) yang disediakan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai cerdik pandai, untuk jadi kuat dan kaya. Kita boleh tolak tongkat selepas boleh berdiri atas kaki sendiri.

“Jika kita bergantung kepada orang lain, maka kita akan duduk di bawah pemerintahan mereka dan akan kehilangan kuasa walaupun orang Melayu menjadi Perdana Menteri,” katanya berucap pada wacana ‘Bangsa Melayu dan Masa Depannya’ di sini, semalam.

Program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) itu turut dihadiri Pemangku Presiden MUBARAK, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Dr Mahathir berkata, perpecahan dikalangan orang Melayu juga mengakibatkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu kini menjadi semakin lemah dan tidak boleh bertegas.
Katanya, lebih malang parti politik yang dipimpin pakatan pembangkang hari ini termasuk PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Sebaliknya, kewujudan parti ini mengakibatkan perpecahan di kalangan orang Melayu semakin parah dan UMNO juga perlu melakukan pembaharuan selepas lebih 50 tahun mentadbir negara.

Assignment Cost and Management Accounting

a. Explain FIVE (5) differences between managerial accounting and financial accounting.

b. Explain and describe the following items:
i. Features of management accounting.
ii. Concept of cost object
iii. Data and information
iv. List the type of information needed
v. Elements of useful information
(15 Marks)

c. Compute the prime cost, manufacturing cost and total cost of the following information:

The budgeted costs of producing the SC700s in year 2011 were:
RM
Selling price 120 per unit
Direct material 5 per kg
Direct wages 7 per hour
Direct expenses 4 per unit

Variable manufacturing overhead 10 per labour hour
Fixed manufacturing overhead 12 per unit

Selling and distribution overhead 2 per unit
Finance and administration overhead 3 per unit
Usage:
Material 3 kg per unit
Labour 2 hours per unit

(10 Marks)
Instruction:

This is an individual assignment. The student is required to type and print the assignment using Font 12’ Times New Roman. The student is required to submit the hardcopy assignment to your respective lecture on THE DUE DATE. There will be NO MARK awarded for any plagiarism and late submission assignment.

SAPE LEH TOLONG BAGI JAWAPAN NI?

Ahad, 30 Januari 2011

Xtvt Riadah hari ini

Tak ada xtvt yang menarik hari ni... habis keje kul 6 pg td terus aku buka FB untill 830am. Pas 2 aku bersiap p office for setup op room. Kul 9 aku terus p Padang Golf utk diving. Kul 930am baru aku main Golf dng Sulaiman n Taufik. Syok gak main golf ni. walau agak lama sudah tak menebas, kira ok gak la aku pukul pagi td.. Pukul punya pukul 2 biji bola masuk kolam daaaaaaaaaa. Sedar x sedar dah kul 1230pm. Habis main golf terus aku balik bilik. Apa lagi, terus bersiap untuk mimpi-mimpi yang indah-indah.. hehehe. Sampai kul 4pm aku tido. bangun n mandi, pas 2 Sulaiman lak ajar main golf lagi. Aku turun main golf lepas asar td. Sebelum aku p main golf sempat aku buatkan Guarantee Later At punya... Start kul 5 sampai la kul 1845 aku pukul bola.... Pas magrib baru aku keluar p bandar utk hantar Guarintee Later kat Hospital (At punya). Sebelum balik sempat aku lepak dng At kat kedai Adik (Kedai makan nasi lemak Tanjung). Kedai makan biasa aku kunjungi dng At....
Kekasih hati pun ada msj td.... katanya aku ego!!!! huhuhuhu...
biarkan la.... Nti aku call, dia lak x layan aku....hehehee. (Hanya prasangka aku saja). Mata pun dah layu mau tidur... ok Good nite for yang menyayangi Aku... Assalamualaikum.............

TIP MENGATASI MIGRAIN

Menghadkan pemakanan dan makan
Secara teratur. Perempuan yang menghadapi
Migrain sebelum haid perlu mengurangkan
Pengambilan garam kerana garam boleh
Menyebabkan Fluid retention.
2. Pengurangan stres seperti senaman yang kerap dan
teratur dan mengamalkan teknik untuk
Mengurangkan berat badan.
3. Kenakan benda yang panas seperti menggunakan
Botol air panas ke temp[at yang sakit.,
4. Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang
Mengandungi ais.
5. Amalkan pemakanan dan tidur yang teratur.
6. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
7. Refleksologi(urut saraf kaki)
8. Basahkan dari kaki ke badan dan ke kepala dahulu
Bila hendak mandi
9. Rawatan menggunakan ubat-ubatan ataupun herba- herba.

Sabtu, 29 Januari 2011

Re-Union STMI 98 & 99





Assalamualaikum........
Kepada Rakan-rakan sekolahku yang dihormati. Terlebih dahulu saya mengucapkan salam 1 Malaysia"rakyat didahulukan prncapaian diutamakam' buat semua. Sudah lama tidak berjumpa,rindu rasa hati oleh kerana hampir 11 tahun tidak bergurau senda. Diharapkan re-union yang pertama ini menjadi titik tolak dalam perjuangan yang masih jauh akan ditempuhi oleh semua. Selamat berjumpa pada 20 Feb 2011 di No 112, Kampung Parit Perpat Darat, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor. Selamat berjumpa dan selamat maju jaya..... Insya-Allah.

Sila sahkan kehadiran bagi melancarkan lagi pentadbiran.... Dijemput juga kepada rakan-rakan abang saya (Enal) atas jemputan perkahwinannya.

Kekasih Hati


Dia udah merajuk.. ikut dia la, aku tetap berpegang dengan cara ku... Aku memang ego orangnya... Aku tunggu sampai bila kekasih ku mahu mendiamkan diri... Padahal aku terlalu Rindu dah ni kat dia.. Lama dia x cium aku. X rindu ker dia nak cium aku ni.. huhuhuhuhu.

Isnin, 24 Januari 2011

Naik gaji

Wah!!!!!!!!!!! Dari P2 T7 ke P2 T8 dah la ni.. naik x byk but Alhamdulillah... hehehee
Aku ingat bln depan baru naik, upanya bln ni. Mau cari kasut jalan n barang-barang personal skt dng Ales.... huhuhuhu