klik...klik..klik!!!!!

Jumaat, 11 Januari 2013

Isu Semasa dan Terkini lagi Terhangat

Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi.

ISU DI KELANTAN
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan demontrasi Orang Asli yang diadakan di Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat Kelantan.
Katanya, Orang Asli luar Kelantan telah digunakan pihak tertentu kononnya untuk menyerahkan memorandum kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri.
“Saya tahu pihak mana yang menghantar Orang Asli untuk berdemo di luar pintu pagar SUK, tapi saya tidak mahu dedahkan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Ijtima’ Almala’ anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri tengahari tadi.
Beliau tidak menolak kejadian itu disebabkan kerana iri hati terhadap golongan mereka yang ada di Kelantan.


Katanya, tidak ada sebab beliau perlu menyelesaikan masaalah Orang Asli di luar Kelantan, apa lagi semua tuntutan hak mereka telah lama diperolehi oleh golongan itu di negeri ini.
“Masaalah Orang Asli di negeri-negeri lain sewajarnya di selesaikan oleh negeri masing-masing,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas demontrasi aman golongan berkenaan disamping menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ahad lalu kira-kira 300 masyarakat Orang Asli berhimpun di depan hadapan Pejabat SUK bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang dikatakan berdiam diri terhadap pengambilan tanah adat mereka.
Mereka telah berkumpul sejak awal 9.00 pagi sambil membawa pelbagai kain rentang yang didakwa telah menderita di atas tindakan kerajaan negeri selama ini.
Sambung Tuan Guru, apa yang berlaku sebenarnya masyarakat berkenaan telah memohon maaf di atas apa yang berlaku sebelum ini, iaitu menyaman kerajaan negeri berhubung kes Ladang Rakyat.
“Bukan itu sahaja mereka juga telah menarik balik dakwaan yang telah dikenakan terhadap kerajaan negeri sebelum ini,”ujarnya.

ISU DI SELANGOR

KUALA LUMPUR – Krisis bekalan air di Lembah Klang terutamanya di kawasan Ampang dan Cheras yang berlaku hampir dua minggu lalu dijangka berterusan sehingga perayaan Tahun Baru Cina pada 10 dan 11 Februari depan berikutan kapasiti bekalan air yang dirawat belum dapat memenuhi permintaan.
Masalah tersebut membabitkan 28,000 pemegang akaun atau kira-kira 100,000 pengguna.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kini membuat pemantauan 24 jam sehari di kedua-dua kawasan tersebut yang membabitkan kira-kira 1,000 kakitangan.

Gangguan bekalan air selama 10 hari di Gombak, Ampang dan Cheras berpunca daripada sikap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal menyelenggara rumah pam dibawah tanggungannya.
Gangguan itu boleh dielak sekiranya Syabas menyelenggara pam di rumah pam Wangsa Maju sejak dari awal tahun lepas dan bukan apabila berlaku gangguan bekalan air, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita tidak boleh terima alasan Syabas kerana syarikat konsesi itu sepatutnya memastikan kelima-lima pam berada dalam keadaan baik.

SYABAS sebenarnya sudah memaklumkan dan memberi amaran tentang alat-alat gantian serta paip-paip operasi yang perlu diselenggara serta diganti sejak tahun 2008 lagi. Syarikat itu sudah beritahu awal-awal lagi mengenai masalah tersebut.
Mereka sudah mohon kelulusan dari Khalid “Gagap” untuk membuat pinjaman bagi menyuntik dana bagi membeli peralatan penyelengaraan baru bagi memastikan segala operasi industri air di Selangor berjalan lancar.
Tapi Khalid, Dia nak juga buat penstrukturan semula air Selangor terlebih dahulu. Padahal, kalau dia buat 1,000 penstrukturan semula air pun ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah air yang sedang melanda rakyat di negeri itu dan sekitar Lembah Klang

ISU DI KEDAH


BALING – Kerajaan PAS Negeri Kedah dituntut memperjelaskan kedudukan projek Ladang Sejahtera di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas di Mukim Kupang di sini ekoran projek berkenaan didakwa belum diberikan kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar.
Menurut sumber dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, permohonan bagi kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment) masih lagi di proses bagi penebangan balak di kawasan 15,000 hektar di seluruh Kedah, termasuk di sini.
Sumber berkenaan juga menjelaskan bahawa setiap aktiviti pembalakan yang melibatkan 500 hektar tanah hutan simpan kekal perlu mendapatkan kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar melalui laporan Jabatan Perhutanan Negeri terlebih dahulu.
SPRM telah masuk ke pejabat penting di Kedah yang mempunyai kaitan dengan pembalakan. Tiga kawasan pembalakan terbesar iaitu Gunung Perak, Gunung Inas dan Pedu telah diarahkan agar diberhentikan operasi. Semua mesin-mesin dan jentera diarahkan keluar dari kawasan pembalakan. Manakala balak-balak yang telah ditebang juga tidak dibenarkan keluar. 
Ada pihak yang cuba menyalahkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dalam masalah ini. Bagaimanapun, daripada maklumat yang diperolehi, Azizan Abdul Razak benar-benar tidak tahu tentang operasi pembalakan berkenaan. Sebaliknya dia telah diperdayakan oleh CEO Menteri Besar Incorporated, Dato' Hishamuddin. Sehinggakan ketika dia terkedang di atas katil pun, ada juga borang yang diminta Azizan tenyeh dan tandatangan.
Pembalakan di Kedah dijalankan secara penjarahan dan perompakan. Ia melibatkan pemimpin-pemimpin kecil PAS yang melihat dan menganggap kemenangan PAS menguasai Kedah pada PRU12 yang lalu sebagai peluang terbaik untuk menyakau dan menyamun semahu-mahunya.
Itulah yang berlaku apabila kawasan hutan simpan kekal seperti di Pedu, ditukar status kepada tanah kerajaan. Bermodalkan Ladang Sejahtera, kawasan hutan ditebang dan diterangkan untuk mendapatkan hasil balak. Pada masa yang sama, empat prosedur biasa yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini, diketepikan begitu sahaja. PARASIT dan IBLIS PAS Kedah yang diberi kuasa, bertindak sewenang-wenang dan seenak-enaknya.


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kedah akan mengadakan satu himpunan aman bagi membantah keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah yang berdegil mahu meneruskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Peru, Kedah.
Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, himpunan yang akan diadakan pada hari ini akan menyedarkan barisan kepimpinan yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berhubung kepentingan menjaga alam sekitar.

ISU KALIMAH ALLAH


Dua orang ulama Pas terkenal Datuk Harun Din dan Datuk Harun Taib dijangka mengumumkan tindakan mereka keluar daripada parti tersebut dalam sedikit masa lagi.

Harun Din dan Harun Taib merupakan dua pemimpin Dewan Ulama Pas yang secara terbuka membantah sokongan Pas terhadap permintaan Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di Semenanjung Malaysia dibenarkan menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah.

Harun Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar daripada Pas dan menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah beliau.

Sementara Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib telah dinasihatkan oleh rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas buat masa ini walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti dan Mursyidul Am Pas. Mereka berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.

Bagaimanapun cakap-cakap politik dalam Pas dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang rapat dengan kedua-dua ulama Pas ini menunjukkan bahawa hanya jalan keluar memang telah dimuktamadkan, hanya masa atau bila yang menjadi perbincangan.

Ada sumber yang rapat dengan Harun Din berani menyatakan bahawa Jumaat ini atau Jumaat depan bakal menjadi tarikh penting kepada bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Harun Din kelihatan sangat sedih dan tidak lagi berbicara seperti biasa dengan rakan-rakan dalam Pas sejak Hadi Awang membuat kenyataan menyokong permintaan Lim Guan Eng.

Untuk meninggal sebuah parti yang beliau dokongi sejak 1974 bukanlah merupakan sesuatu yang pernah beliau fikirkan sebelum ini. Beliau sendiri tentu tidak menyangka bahawa sebelum akhir hayat beliau, beliau terpaksa melihat maruah Islam dipijak-pijak oleh parti beliau sendiri.

Harun Din dilaporkan telah beberapa kali bercakap dengan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin mengenai isu ini. Ketika ustaz Nasharuddin tidak dapat meninggalkan Pas kerana baiah semasa pilihan raya lalu, Harun Din tidak terikat dengan baiah tersebut kerana beliau bukan wakil rakyat Pas. Malahan Harun Din dikatakan tidak pernah mengadakan baiah seperti itu.

Kemungkinan Pas akan kehilangan dua Harun ini dalam masa terdekat sangat sangat realistik berdasarkan tingkah laku kedua-dua mereka ketika memberi kenyataan akhbar dan juga ketika bersembang dengan rakan-rakan seperjuangan.
 

Kata NGO Selangor
Kami rakyat Selangor ingin melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta agar kerajaan Malaysia membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu.

Kami rakyat Selangor menyokong sepenuhnya ketegasan Sultan Selangor yang telah membuat ketetapan dan menitahkan bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Kami rakyat Selangor ingin mendesak MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan Fatwa, Enakmen dan Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini.

Kami rakyat Selangor mendesak semua pihak agar menghormati Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang  digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 9, Enakmen ini dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

SEMUA TOPIC DIATAS SEBENARNYA DIAMBIL DR SUMBER-SUMBER INTENET. SO, BYK PIHAK YANG MENYUARAKAN PANDANGAN MASING-MASING. DIHARAPKAN ISU-ISU DIATAS DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEGERA DAN JANGAN DIPOLITIKKAN. SERBA SEDIKIT TIDAK DINAFIKAN ISU POLITIK ADA JUGA, TAPI KEHIDUPAN HARUS DITERUSKAN. JADI KESELESAAN DAN KEMAKMURAN DUNIAWI PERLU DIAMBIL KIRA. TANPA POLITIK EKONOMI TAK BERKEMBANG. ESOK ADA PERHIMPUNAN AMAN OLEH PEMBANGKANG DI KL. AKU KERJA ESOK UNTUK MEMANTAU PERKEMBANGAN SEMASA. STANBY DI PEJABAT JEW. SO, RENUNG-RENUNGKAN LAH. SETISP YANG BERLAKU PASTI ADA SEBAB TERSENDIRI SAMADA BAIK ATAU SEBALIKNYA. KITA SEBAGAI RAKYAK MALAYSIA DAN UMAT ISLAM WAJIB PERTAHANKAN HAK ASASI KITA. JANGAN NK IKUT JEW. WALAUPUN AKU NI X DA KUASA, TPI SEBAGAI BLOGGER AKU NAK WAR-WAR KAN BENDA INI. PAS/UMNO ADALAH DUNIAWI. SAMBIL BUAT DUNIAWI JANGAN LUPA BUAT YANG WAJIB YANG DITUNTUT AGAMA KITA. ORANG KAFIQ TAHU NAK PORAK PERANDAKAN KITA SESAMA SEDARA SEAGAMA NI JEW. BERSATU LAH!!!!!!!!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan