klik...klik..klik!!!!!

Rabu, 2 Januari 2013

Adam & Hawa the movie



Sinopsis drama Adam dan Hawa-lakonan Aaron Aziz  & Nadiya Nisaa

Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)

Topic Lain:



Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)

Dalam pada itu,turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid

Sinopsis Adam & Hawa
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya

Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan