klik...klik..klik!!!!!

Sabtu, 22 Oktober 2011

Khidmat Nasihat Perniagaan


Business Advisory & Consultancy, SME Bank


Di Malaysia, terdapat lebih daripada 90% penubuhan kami ialah PKS dengan hasil tahunan kurang daripada RM25 juta. Berpunca daripada kestabilan dan perkembangan ekonomi yang dipacu oleh perkembangan yang berstruktur dan mampan bagi industri ini, kejayaan para usahawan amat berkait rapat dengan kecekapan pengurusan dan pentadbiran perniagaan.Bermula daripada kemahiran aliran wang yang mudah hinggalah ke pengurusan pembayaran balik pinjaman dan pengetahuan kreatif serta operasi yang diperlukan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan, memantapkan pertumbuhan PKS adalah mencabar kepada semua pengurusan PKS dalam pasaran yang sudah dibanjiri oleh pesaing dalam dan luar negara.

Menerusi kerjasama yang jitu antara Malaysia dan agensi dan badan pembangunan PKS antarabangsa yang lain, kami membangunkan perkhidmatan sokongan perniagaan yang luas (Bantuan) untuk bertindak balas dengan keperluan pelanggan segenap industri dan fasa perkembangan perniagaan (seperti, permulaan, perkembangan, matang dan penurunan). Berdasarkan strategi dan pendekatan yang berbeza ini, Bank berharap akan mencapai objektif berikut:-

Menyokong aktiviti perniagaan teras Bank.
Mengurus/ mengurangkan risiko pada peringkat permulaan untuk Bank.
Membangunkan kemampuan perniagaan dan meningkatkan nilai perniagaan pelanggan.
Memperkasakan dan meningkatkan prestasi perniagaan pelanggan Bank ke peringkat yang lebih tinggi ( contohnya daripada mikro ke kelas industri kecil dan sederhana).

Bantuan Perniagaan dan Pakej direka setelah mengambil kira Model Perniagaan Baru yang dicadangkan untuk memberikan perkhidmatan kewangan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh SME Bank:
Walaupun ramai usahawan memiliki keupayaan besar dan naluri individu yang tinggi untuk mencapai kejayaan pada mulanya , terdapat juga golongan yang memulakan perniagaan dengan pengetahuan yang cetek tentang cara memulakan perniagaan. Keinginan untuk menjadi usahawan selalu menahan idea perniagaan ataupun pembangunan produk atau perkhidmatan baru.Namun, peratusan perniagaan PKS berisiko besar untuk gagal setiap tahun, selalunya pada tahun pertama dan kedua operasi di mana pelbagai faktor besar menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan perniagaan baru.

Dalam mana-mana bidang perniagaan, terdapat peluang dan juga had dalam menjadi syarikat kecil atau memulakan perniagaan di mana kesanggupan untuk bekerja keras kadangkala tidak mencukupi dalam pertumbuhan syarikat dalam pasaran. Usaha mendapat model perniagaan yang tepat adalah penting dalam kitaran perkembangan perniagaan bagi menghadapi cabaran perniagaan bagi menentukan tahap perkembangan syarikat.Perkembangan perniagaan selalunya boleh dikelaskan kepada empat tahap perkembangan.

Mengembangkan Perniagaan


Tempoh perjalanan antara Permulaan dan Kematangan bergantung pada kemahiran kumulatif PKS, industri yang terlibat dan posisi pesaing, model perniagaan yang bagus, kelebihan menjangka pasaran lebih awal berbanding pesaing, memiliki pasaran yang stabil, pasukan pengurusan yang mantap dan memiliki reputasi pasaran untuk membentuk kewangan dan sokongan pasaran. Namun, perniagaan akan mula menurun apabila satu atau lebih daripada unsur ini telah terlepas pandang ataupun tidak dapat ditangani oleh usahawan.

Cara Perlaksanaan Perkhidmatan


Perkhidmatan yang ditawarkan dilaksanakan melalui pihak SME (Kaunselor Perniagaan) dan Penyedia Khidmat Luaran (rakan kongsi strategik, pakar pihak ketiga, konsultan dan golongan profesional) disediakan di seluruh negara melalui 18 cawangan dan ibu pejabat.

Nota:

Perkhidmatan di atas di tawarkan secara berperingkat, sila rujuk Khidmat Nasihat & Perunding Perniagaan (Hubungi talian terus : 03-2615 2888 dalam waktu pejabat) dalam perkhidmatan bantuan yang ketika ini untuk kumpulan pelanggan yang berbeza. Namun, Bank akan mengeluarkan jadual tentang perkhidmatan yang ditawarkan dan akan berhubung secara terus dengan pelanggan berkaitan kekosongan program bantuan. Fungsi khas perkhidmatan sokongan yang kadang kala dibangunkan untuk memenuhi keperluan PKS di cawangan bank atau ibu pejabat. Notis dan maklumat untuk program khas ini akan dimasukkan di www.smebank.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan