klik...klik..klik!!!!!

Rabu, 27 Januari 2010

Perutusan Pengasas DCL

Utama Pengumuman Perutusan Pengasas
Perutusan Pengasas

Dato' StapaSelamat datang ke alam kebebasan kewangan & gaya hidup Sterangsang DCL. Ini bermakna anda mengucapkan selamat tinggal kepada rutin hidup yang penuh tekanan.
Tahniah diucapkan kepada anda kerana membuat pilihan yang betul dengan memilih perniagaan DCL. DCL; Perniagaan yang berorientasikan Sistem MLM tulen (bukan skim yang menjanjikan cepat kaya seperti piramid, sistem binary, Business Concept / sistem perniagaan yang dipogramkan dan macam-macam sistem cepat kaya lain), memberi peluang kepada anda untuk mengubah kehidupan & membantu insan lain.

Perniagaan pemasaran pelbagai Peringkat (MLM) tulen adalah benar-benar satu peluang perniagaan di alaf ini, justeru perniagaan “network marketing / MLM” adalah yang mengungguli sistem perniagaan bebas dewasa ini.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksaksa di dalam industri MLM dengan penghasilan jualan mencecah ratusan bilion US dolar setahun & ianya terus berkembang pada kadar fenomenal. Begitu juga di Malaysia & seluruh rantau Asia Fasifik, menunjukkan pertumbuhan dengan kadar Multi Billion Ringgit, dan terus berkembang tahun demi tahun meskipun semasa kegawatan ekonomi dunia. Oleh kerana itu, DCL tentunya akan menjadi 'Wadah Perjuangan' untuk anda berjuang merealisasi impian sendiri, keluarga, bangsa, agama sekaligus membantu memacu ekonomi negara untuk menjayakan wawasan negara.

Kami menyediakan rancangan menarik & berinovasi, di mana prinsip-prinsip keadilan kepada pengguna & usahawan (rakan niaga) dijadikan asas penting. Kami di DCL tidak sekali-kali berkompromi dalam soal kualiti & kesucian (halal) produk, serta kesan negatif dari penggunaan produk. Kami di DCL juga sentiasa memegang falsafah ‘menang bersama / win-win situation’ & hanya percaya, sebuah kejayaan jangka masa panjang & mulia mestilah dibina berasaskan “kejayaan orang lain”. Justeru itu, skim piramid / skim cepat kaya seperti sistem binary & perniagaan yang bercirikan ‘Business Concept’, tetap akan kami tolak secara total.

Sayugia diingatkan, janganlah anda mudah terpedaya dengan sistem perniagaan yang tidak beretika seperti itu. Sesungguhnya kejayaan perlu bermula dari bawah & perlu dibina, justeru “kejayaan adalah satu proses pembinaan”.

Dengan produk kesihatan, kecantikan dan lain-lain produk DCL yang dikomposisikan daripada bahan mewah semulajadi yang b e r p r e s t i j s e r t a t e r b u k t i keberkesanannya, serta pelan pemasaran unik & adil DCL, bererti anda berpeluang untuk membantu insan-insan lain. Sebagai balasannya, a n d a a k a n m e m p e r o l e h i kemenangan dari kerja mulia ini. Ini adalah satu situasi kemenangan berkembar; di samping anda dapat membina kesihatan & personaliti
diri, anda juga akan mendapat kemerdekaan kewangan daripada pelan pemasaran unik & adil kami.

Untuk melangkah ke dunia kemenangan ini bersama DCL, jangan diabaikan dua perkara penting; pertama, "gerakkan barangan & kedua, membina rangkaian". Bertindaklah dengan cara betul sebagaimana usahawan berjaya lain melakukannya. Kerja asas yang lain juga jangan diabaikan; terutamanya mesyuarat, latihan perniagaan dan seminar motivasi.

Kembangkan potensi tanpa had yang anda miliki tanpa memberi apa-apa alasan. “Diingatkan, orang gagal mencari alasan, orang berjaya mencari cara”. Sediakan pelan tindakan. Gunakan Kalendar Aktiviti b u l a n a n (MAC/MAP) & amalkan setiap malam sebelum anda tidur dengan mencatatkan apa sahaja aktiviti yang perlu anda lakukan keesokannya (DAC / Daily Activity Calendar). Dan bertindaklah berpandukan catatan pada kalendar aktiviti harian tersebut.

Bermulalah dengan apa yang anda ada, sekarang juga. Jangan menunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk melakukannya. Sesungguhnya anda tidak akan ketemui hatta sehari pun, hari yang anda benar-benar bersedia.

Melangkahlah ke hadapan dengan berani & jangan biarkan orang lain memindahkan ketakutan kepada anda & menghalang anda melakukan perubahan.

Dengan potensi tanpa had yang anda miliki, bertindaklah dengan komitmen yang total (buat betul-betul). Jangan takut menghadapi kegagalan, justeru kegagalan bukanlah sesuatu yang muktamad. Ianya bermaksud Tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk anda. Sebagaimana kata Prof. Dr. Hamka “apabila seseorang itu gagal, bermakna kejayaan sedang menghampirinya”. Yang penting anda sanggup & berani bangkit semula pada setiap kali jatuh, justeru “orang yang berjaya, bukan tidak pernah jatuh, tetapi dia sanggup bangkit semula pada setiap kali dia jatuh”.

Akhir kalam dari kami; marilah dengan penuh kasih sayang kita membantu insan yang memerlukan dengan ikhlas & tabah hati, sehingga Tuhan mengizinkan kejayaan untuk kita.

Didoakan agar sama-sama dapat kita mencapai impian. Kejayaan anda adalah kejayaan kami.

"Kami sayang anda".

Salam Perjuangan.

Pengasas II
Azlina Che Abdullah
Pengasas I
Stapa Haji Omar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan