Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi.
ISU DI KELANTAN
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan demontrasi Orang Asli yang diadakan di
Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat
Kelantan.
Katanya,
Orang Asli luar Kelantan telah digunakan pihak tertentu kononnya untuk
menyerahkan memorandum kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan
negeri.
“Saya tahu pihak mana yang menghantar Orang Asli untuk berdemo di luar pintu pagar SUK, tapi saya tidak mahu dedahkan,”ujarnya.
Beliau
berkata demikian kepada media selepas merasmikan Ijtima’ Almala’
anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri
tengahari tadi.
Beliau tidak menolak kejadian itu disebabkan kerana iri hati terhadap golongan mereka yang ada di Kelantan.