klik...klik..klik!!!!!

Selasa, 31 Mac 2009

1 Apr 09

Pejam celik dah masuk bulan 4 tahun ni.....
Sungguh cepat masa beerlalu........

MESEJ DARI ANAIDA85¬¬¬_UM JALIL

Rasulullah saw bersabda; “Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)
Tolong sebar jerk nih...sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMON. ...jadi...tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua...> Protect Our Population Of Islam...

TQ Anaida-UM

Ahad, 29 Mac 2009

30 Mac 09

Nak Chat Pun dah boring....
Keje aku ari ni, edit my blog.... haha



Nak cari calon isteri pun tak dapat lagi.... susah susah aku suruh cik Ti @ mak aku carikan kot.... hehe...

Picture Henset aku






Boleh Pun AkU MasukkaaN Picture Henset Ni

HeNset Ku



Mula-mula aku guna Motorola masa umur aku 19 Tahun hasil aku keje sendiri...
Banyak model henset yang aku dah guna, antaranya:
1. Motorola-tak ingat model ape dan tak ingat bagi kat sape....
2. Nokia 3310-satu hilang, satu bagi kat adik aku, satu lg tak ingat.
3. Motorola c 380- Bagi abang aku.
4. Motorola E398- Satu hilang dan satu beli second = 2 butir.
5. Nokia 6680- Hilang Bulan 9.08
6. Nokia 9500 Comunicater- Jatuh terburai...

Lastly sume tah kemana.....
Tinggal la aku guna Nokia 1200 yang ada lampu suluh tu....
Sekarang aku tengah kumpul duit nak beli NOKIA E 71 @ 90....



Tak leh lak aku nak masuk gambar henset-henset tu.... tak per la, tentu sume dah jenis henset tu kan... hehe

Kenangan Motorsikal ku

New Picture

Hahahaha

Take 5


glitter-graphics.com

Sabtu, 28 Mac 2009

29 Mac 09


glitter-graphics.com

Jiwang siotttttt..... hahaha

Tak pe la, jiwang pun jiwang la.

Teringat Kat awek lama Kotttt.

Sat lagi aku nak karaoke la,,,,
"MEMBURU IMPIAN"

Rabu, 25 Mac 2009

Geram

aku rasa lattop aku ni kena hantar jumpa doktor la.....
aku nak buka cimbcliks pun tak boleh..
baru ari ni baru aku boleh edit blog akuuu...

Sok aku nak bawa jumpa doktor la....

Fedap tul la... Duit lagiiii

Isnin, 9 Mac 2009

9 Mac 09


ari ni ari cuti, aku kerja gak.....

lagi yang aku marah lagi bila duit tak masuk lagi...

Rabu, 4 Mac 2009

Rahsia mengerat kuku



RAHSIA MENGERAT KUKU
Rasulullah S.A.W pernah bersabda tentang hari-hari yang baik untuk mengerat kuku
Dan hari- hari yang tidak baik untuk melakukan pekerjaan ini.
Bagi orang yang mengerat kukunya pada hari:
ISNIN
Keluar daripada dirinya penyakit gila dan masukkan pula kesihatan.
SELASA
Keluar daripada dirinya kesihatan dan masukkan pula penyalit.
RABU
Keluarkan daripada dirinya waswas dan masukkan kepapaan.
KHAMIS
Keluarkan daripada dirinya gila dan disembuhkan penyakit.
JUMAAT
Keluarkan daripada dirinya dosa-dosa agar dirinya suci seperti bayi yang baru lahir
dan masukkan pula pada dirinya rahmat daripada Allah.
SABTU
Keluarkan daripada dirinya ubat dan masukkan pula penyakit.
AHAD
Keluarkan daripada dirinya kekayaan dan masukkan dirinya kepapaan.

Amalan baik yang perlu diamalkan selalu



TIPS MENJADI TERKENAL DAN DISENAGI
1.Aktifkan dengan pelbagai aktiviti.
2. Menjadi seorang yang peramah
3. Pendengar yang baik.
4. Jadikan diri kamu sendiri.
5. Hindari tekanan.
6. Peranan mata, biarlah mata bertentang mata apabila berbicara.
7. Bersemangat apabila berbicara.
8. Berketerampilan menarik apabila berdampingan dengan sesiapa saja.
9. Ketawa penawar jiwa.
10. Sentiasa berwajah manis, senyum sentiasa apabila berjumpa dengan orang.

KAKI BODEK NI



CIRI-CIRI KAKI KIPAS
1.Individu ini adalah orang yang lemah personaliti dan tidak cukup kekuatan diri.
2. Individu yang lemah iman dan agama. Si kaki kipas biasanya tidak pedulikan jika dia harus menzalimi orang lain sama ada dengan cara halus ataupun cara ketara, sehingga menyebabkan orang lain tersingkir atau diketepikan.
3. Individu yang tiada keyakinan diri.
4. Individu ini suka mengambil kesempatan. Jika dia melihat ada kepentingan pada dirinya dalam sesuatu isu, maka dia segera mengambil peluang itu dan tidak mahu orang lain mengatasinya.
5. Si kaki kipas adalah orang yang suka mengabil jalan singkat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya. Dia tahu dia tidak layak, tetapi itulah jalan yang paling mudah untuknya beroleh sesuatu iaitu dengan membina hubungan baik dengan orang lain.
6. Biasanya, si kaki kipas adalah orang yang bijak dalah menjalinkan hubungan yang akrab dengan orang yang dibodeknya.
7. Si kaki kipas biasanya ingin mendapatkan perhatian yang tidak wajar. Dia tahu dia lemah tetapi dia akan cuba mencari jalan supaya dia dilihat sebagai orang yang hebat dan kuat.

HENTIKAN MEMINTA-MINTA

Seorang leleki menemui Rasulullah kerana berdepan masaalah kewangan. Baginda bertanya kepada lelaki itu: ‘Adakah kamu memiliki barang yang boleh dijual?’
Si lelaki menjawab: “ Ada, Rasulullah. Sehelai kain yang sudah aku potong dua. Sepotong untuk pakaian dan sepotong lagi untuk alas duduk. Dan ada lagi sebuah piala tempat minum.”
Balas Rasulullah. “ Bawa barang itu kemari.” Si lelaki kemudiannya dating lagi membawa barang-barang itu kepada sahabat yang hadir. “Siapa yang mahu membeli barang ini?”
Seorang sahabat menyahut: “ Saya Rasulullah. Saya mahu membeli dengan satu dirham.”
Rasulullah bertanya lagi: “ Siapa mahu menambah harganya.”
Seorang lagi sahabat menyahut: “Saya Rasulullah. Saya bayar dua dirham.”
Rasulullah lantas bersetuju dengan tawaran kedua. Lalu baginda memberi wang itu kepada si lelaki sambil berkata: “ Ambil! Satu dirham, belikan makanan untuk isterimu. Lebihnya beli kapak. Selepas itu, kembali ke sini.”
Si lelaki kembali dengan sebilah kapak, dan Rasulullah memberikan seutas tali sambil berkata: “ Pergi ke luar kota. Cari katyu api dan jual di pasar. Jangan kamu dating lagi selama 15 hari.”
Lima belas hari kemudian, si lelaki bertemu Rasulullah dengan wajah berseri-seri. Katanya, selama 15 hari mencari kayu, dia mendapat nafkah sebanyak 15 dirham yang dibelanjakan untuk makan pakai keluarganya.”
Mendengar itu Rasulullah tersemyum lalu berkata: “ Itu lebih baik bagimu daripada meminta-minta. Sebab kebiasaan meminta-minta itu akan membuat mukamu menjadi cacat hitam pada hari kiamat.”

Nasihat ku....


TIPS RANCANG & TAMBAH PENDAPATAN
1.Wang simpanan.
2. Buat penyata peribadi.
3. Berdisiplin menggunakan wang.
4. Kumpulkan barang yang nilainya akan naik seperti
EMAS, PERMATA ATAU BARANG ANTIK.
5. Beli harta tanah.
6. Beli saham atau bon.
7. Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan
8. Tingkatkan ilmu atau kemahiran.





TIP MENGATASI MIGRAIN
1.Menghadkan pemakanan dan makan
Secara teratur. Perempuan yang menghadapi
Migrain sebelum haid perlu mengurangkan
Pengambilan garam kerana garam boleh
Menyebabkan Fluid retention.
2. Pengurangan stres seperti senaman yang kerap dan
teratur dan mengamalkan teknik untuk
Mengurangkan berat badan.
3. Kenakan benda yang panas seperti menggunakan
Botol air panas ke temp[at yang sakit.,
4. Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang
Mengandungi ais.
5. Amalkan pemakanan dan tidur yang teratur.
6. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
7. Refleksologi(urut saraf kaki)
8. Basahkan dari kaki ke badan dan ke kepala dahulu
Bila hendak mandi 9. Rawatan menggunakan ubat-ubatan ataupun herba- herba.




Amalan yang perlu diamalkan oleh semua kawan-kawan ku. Nescaya, aman selalu...

Ahad, 1 Mac 2009

2 Mac 2009


Sememangnya aku yang seorang yang memandang jauh.... Banyak memikir tentang kehidupanku. terlalu banyak yang perlu diubah. Target tahun 2009,dapat beli kereta baru. Antara kereta yang akan aku beli Suzuki Swift atau Honda Jazz......... Semoga dapat dibeli sebelum bulan 6..... Amin..
Buat sementara waktu ni, aku guna kancil aku yang menawan tu jer....
Pasal kawin aku tak fikir lagi,,,,,, mungkin lepas tahun 2012 kot. Tak tau la, ape nak jadi dengan diri aku ni.... Bila la aku nak jadi kaya raya... ITU LA IMPIAN KU......